Selamat tinggal tahun Dua Kosong Satu Kosong. Selamat datang tahun Dua Kosong Satu Satu.
Matlamat dan azam tahun Dua Kosong Satu Kosong terpaksa aku lupakan. Aku dah putus asa nak capai azam aku buat tahun Dua Kosong Satu Kosong ni. Segala harapan aku musnah. Lebih banyak yang duka dari suka. Namun , apakan daya ? Hidup harus diteruskan. Jangan pernah pandang ke belakang.
Well , HELLLOOOOOOOO tahun Dua Kosong Satu Satu. Tahun terakhir aku bergelar seorang pelajar sekolah menengah. Tahun Dua Kosong Satu Satu ni lah yang bakal menentukan masa depan aku sama ada cerah ataupun sebaliknya. Harap harap cerah la ya ? Aminn. Aku akan bergelar seorang senior. Seorang senior kepada junior nya. Seorang senior yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Aku mengambil 10 subjek. Bagi aku , 10 subjek terlalu banyak bagi aku. Tak mungkina ku boleh turunkan bilangan subjek tersebut. Aku tak sanggup nak hancurkan harapan parents aku.
Aku harap tahun Dua Kosong Satu Satu ni akan memberi aku seribu satu kenangan yang cukup indah untuk aku kenang bila aku akan menginjakkan kaki ke alam Universiti pulak. Rasa macam semalam je aku daftar sebagai pelajar tingkatan 1. Semoga tahun Dua Kosong Satu Satu yang akan tiba dalam masa dua hari je lagi ni akan memberi aku peluang untuk mencapai matlamat aku. Aminn.
No comments:
Post a Comment