FACEBOOK ADDICTED

The Mines Khurafat

Alkisah semalam , aku punya syokk tido mimpi berguling-guling dengan Justin Bieber macam cerita hindustan kat taman bunga taik ayam mane entah tetiba mama kejut kan aku. Terganggu mimpi-2 indah aku dengan Justin Bieber. Mama kejut aku suruh siap. Nak tengok movie. KHURAFAT.


' Tengok movie kat mane ? Kalau setakat Kajang tak payah lah. Baik Anna sambung tido balek. '


Ayat berlagak dah keluar dari mulut aku. HAHA.


' Tengok kat The Mines lah. Jangan mengade nak sambung tido balek. Cepat siap. '


Bila aku dengar jea perkataan The Mines tu , aku macam lipas kudung cari kaki dia balek. Cepat dan pantas dengan segera dan ekspress aku bersiap. Aku siap tak lama. Sarung baju jeans make-up punn pakai bedak eyeliner lipgloss. PERFECT. Tak payah nak susah-2 pakai eyeshadow bulu mata palsu lah and so on. Dah siap , aku terus loncat masuk dalam kereta.


Sampai The Mines , aku dah meloncat-loncat macam orang sawan. Dah lama tak lepak the mines wehh. /omg


Mines memang tempat lepak aku. Alaa , mines bukan ade ape-2 pungg kan ? Tapi , satu reason jea yang buat mines selalu lekat kat hati aku. Sebab mines banyak ikan-2 yang comel. Aku gilaa ? Okey , aku memang gila. ikan dalam river kat mines tu sangat comel tahuu. Ha-ha. /wahaha

Pegi TGV , beli tiket Khurafat-Perjanjian Syaitan. Okey , aku kuat kan semangat nak tengok cerita ni. Ha-ha. Laki aku berlakon dalam filem ni , konfem-2 aku tengok dohh. Ha-ha. SYAMSUL YUSOF.
/blush




Syamsul Yusof , my greatest ever husband ! ha-ha.

Lepas tu , laki aku ni berganding pulak dengan Liyana Jasmay *LJ. LJ tu dah lah kiut miut. Haihh. Memang ketara lah sifat cemburu aku bila tengok dia peluk laki aku nanti. /dignose

Cute kan Liyana Jasmay ? Kau tak suka ? Aku tak amek tahu pungg. Ha-ha /wahaha

Sementara tunggu nak check-in pukul 9.55 pm , aku jalan-2 buat window shopping. Sangat suka dengan semua barang yang ada depan aku. /wahaha . Mula-2 ingat nak beli baju , tapii baju yang aku cari still tak jumpa-2 lagi. Baju yg kiut polkadot theme. Wahh /XD , memang aku teringin gila baju yg kiut macam tu. Pleaseeeee ? /please ! Aku nak baju tu /floor

Lepas tak jumpa baju yang berkenan di haty , haty aku teringin pulak nak beli kasut. Ha-ha. Dapat jugak aku jumpe kasut yang betul-2 kiut. Macam kasut kanak-2 pulak. Ehe ;) Sampai kuna pungg jeles tengok kasut aku tu. Ha-ha /hihi . Kuna , soryy moryy. Kasut tu aku chop dulu. kedai lain takde jual. Ha-ha /wahaha .

Tepat pukul 9.55pm aku masuk cinema then dapat tempat duduk baik punyaa. Tengah-2 screen besar tu. memang class lah. Aku malas nak cerita khurafat macam mana tapi aku boleh bagi korang tengok a few scene dari cerita khurafat ni.







Seram tak seram scene dia kan ? Aku dalam cinema tu dah tutop mata bagai. Orang yang duduk belakang aku tu lagi dahsyat menangis nak balek sebab takut gila dengan hantu dalam cerita ni. Cerita habes pukul 11 lebih around 12 macam tu. Before balek rumah , singgah Ibrahim Maju The Kedai Mamakk's lepak lepak. Lepas tu , terus direct balek rumah. F U L L S T O P !

Anna Izzat selesai menaip untuk tatapan mata anda :)


No comments:

Post a Comment