Seringkali kau buat aku macam ni. Buat aku bergantung tanpa tali. Tanpa mengetahui apa yang bakal terjadi kelak. Bermacam perkara yang bermain di benak fikiranku sekarang. Segalanya aku tepis demi menjaga hati dan perasaan aku. Ada masa kau mencari aku ada masa kau tinggalkan aku tanpa sepatah kata. Dan aku sekadar mengeluh dan mampu tersenyum pahit. Apa lagi mampu aku buat ?
Saat perkataan maaf seringkali kau ucap. Aku seorang perempuan yang murah dengan perkataan "aku maafkan kau" , tapi perkaataan "aku maafkan kau" yang aku berikan kepada kau sikit pun tak pernah kau hargai. Kau ulangi nya lagi. Betapa remuk nya hati kau. Pernah ke kau berfikir sejenak ? Andai kata suatu hari nanti aku tak mampu lagi nak keluarkan perkataan "aku maafkan kau" untuk kau lagi ? Pernah ke ? Sampai suatu saat pasti aku akan berhenti memaafkan kau.
Namun apakan daya ? Kau sekadar mengucapkan perkataan maaf dan berlalu begitu saja. Sedangkan hati aku sedang berkecamuk diselubungi rasa kecewa. Masih lagi hingga saat ini aku sekadar menanti ibarat penantian yang tiada hentinya. Sampai bila harus aku menanti ? Pernah terlintas difikiranku untuk melupakan kau. Tapi aku mengenangkan janji yang pernah aku titip kan untuk kau. Aku kau biarkan sendirian mengharungi segalanya. Walau seberat mana kesalahan kau , aku tetap memaafkan kau.
Aku memaafkan kau kerana kemaafan itu adalah dendam termanis (: <3
* Post untuk menghilangkan bosan. Muahahahaha xD Ada bakat jadi novelis tak ? Hihi
No comments:
Post a Comment